Jawapan
: Undang-undang Negeri Pahang; Enakmen 5 – Enakmen Sumber Air 2007.
Saya
telah mengambil dan menggunakan sumber air untuk perusahaan dan
operasi saya sejak dahulu kala lagi. Mengapa baru kini dikehendaki
memohon Lesen Penggunaan Sumber Air?
Jawapan
: Enakmen Sumber Air 2007 diwartakan pada 31 Disember 2007 dan mula
dikuat kuasakan pada 1 Ogos 2008 untuk mengawal, mengurus dan
menyelaras sumber air di negeri Pahang. Surat Pekeliling YB
Setiausaha Kerajaan mengenai Penguat kuasaan Enakmen Sumber Air
2007 seterusnya dikeluarkan pada 30 Oktober 2009. Usaha pelesenan
penggunaan sumber air dan jeti/ jambatan hanya bermula pada tahun
2010.
Apakah
yang dimaksudkan dengan sumber air?
Jawapan
: Sumber air termasuklah sungai, anak sungai, teluk, cawang, muara,
tasik, reservoir, empangan, air paya, kolam tadahan air (semula
jadi atau buatan), air dalam tanah, air bukit, parit, longkang
atau apa-apa saluran yang mengalir melaluinya air selain daripada
untuk pembekalan air terawat ke mana-mana premis.
Siapakah yang dikehendaki memohon Lesen Penggunaan Sumber Air?
Jawapan
: Mana-mana individu, pengusaha atau syarikat yang mengambil dan
menggunakan mana-mana sumber air yang merupakan sebahagian
daripada keperluan dari segi operasi, proses atau penghasilan,
antaranya seperti kilang sawit, kilang air mineral, kilang
kertas,kebun tani, ladang, tapak semaian, penternakan ikan,
pembekalan dan penjualan air terawat ke kawasan perumahan,
perhotelan atau pejabat, dan lain-lain selain maksud domestik.
Apakah
yang dimaksudkan dengan penggunaan domestik?
Jawapan
: Pengambilan dan penggunaan air mentah untuk tujuan persendirian
tanpa apa-apa bentuk perolehan keuntungan.
Saya
mengambil dan menggunakan air mentah (sumber air) menggunakan kaedah
telaga tiub (air bumi) untuk kegunaan harian saya di rumah sendiri.
Perlukah saya memohon Lesen Penggunaan Sumber Air?
Jawapan
: Tidak perlu.
Saya
mengambil dan merawat sumber air untuk kegunaan persendirian, tetapi
turut menyalurkannya kepada jiran-jiran berdekatan yang memerlukan
dengan rela hati tanpa mengenakan sebarang caj atau berkongsi kos
penyelenggaraan. Adakah saya perlu memohon Lesen Penggunaan Sumber
Air?
Jawapan
: Tidak perlu, selagi mana tidak melibatkan apa-apa kos ke atas pihak
yang menerima bekalan air dari anda. Ini dianggap sebagai masih
tertakluk di bawah maksud domestik.
Syarikat
mengambil dan merawat sumber air untuk bekalan persendirian kepada
pekerja-pekerja di tempat penginapan mereka (kegunaan domestik),
tetapi tidak mengenakan sebarang caj. Adakah syarikat perlu memohon
Lesen Penggunaan Sumber Air?
Jawapan
: Perlu, memandangkan bekalan air tersebut merupakan suatu tanggungjawab
majikan untuk membekalkan air bersih walaupun tidak dicaj
secara langsung atas Pekerja.
Bagaimanakah
saya hendak memohon Lesen Penggunaan Sumber Air?
Jawapan
: Anda perlu mengemukakan borang permohonan yang diisi dengan
lengkap mengikut jenis sumber air yang hendak digunakan kepada
Badan Kawal Selia Air, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Tingkat
Bawah, Blok D, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan, Pahang.
Di
manakah saya boleh mendapatkan borang permohonan?
Jawapan
: Borang Permohonan Lesen Penggunaan Sumber Air boleh diperolehi di
pejabat Badan Kawal Selia Air, Pej. Setiausaha Kerajaan Pahang
atau dimuat turun dari laman web www.pahang.gov.my. atau bksapahang.blogspot.com ini.
Bolehkah saya mengemukakan borang permohonan melalui pos?
Jawapan
: Boleh. Sila pastikan borang permohonan lengkap dan jelas, dan
disertakan dengan lampiran-lampiran yang dikehendaki bagi
mengelakkan permohonan anda dikembalikan atau tidak dapat
diproses untuk kelulusan.
Apakah
jenis bayaran yang terlibat untuk Lesen Penggunaan Sumber Air?
Jawapan
:
- Yuran Tahunan sebanyak RM 500.00, kecuali ditetapkan selainnya.
- Caj jualan air mengikut jumlah penggunaan sebanyak RM 0.20 per 1000 gelen (atau RM 0.044 per meter padu).
Adakah
saya perlu membayar yuran ditetapkan semasa permohonan dibuat?
Jawapan
: Tidak. Permohonan anda akan diproses untuk kelulusan terlebih
dahulu tanpa apa-apa bayaran. Anda akan dikehendaki membayar yuran
yang ditetapkan apabila permohonan telah diluluskan untuk
pengeluaran lesen. Walau bagaimanapun, anda perlu membayar yuran
yang ditetapkan sebelum Lesen Penggunaan Sumber Air dapat
diserahkan kepada anda.
Berapakah
caj atau yuran pemprosesan permohonan Lesen Penggunaan Sumber Air?
Jawapan
: Percuma (Tiada yuran proses dikenakan).
Berapakah
yuran yang perlu dibayar untuk pembaharuan Lesen Penggunaan Sumber
Air?
Jawapan
: RM 500.00 untuk setahun, kecuali ditetapkan selainnya.
Di
manakah pembayaran yuran tahunan lesen dan caj penggunaan air boleh
dibuat?
Jawapan
: Bayaran boleh dijelaskan di kaunter hasil Pejabat SUK Pahang atau
di mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah berdekatan. Sila simpan
resit bayaran sebagai bukti pembayaran terutamanya semasa hendak
menuntut Lesen Penggunaan Sumber Air.
Bagaimanakah
caj jualan atau penggunaan air ditentukan?
Jawapan
: Anda dikehendaki memasang meter untuk bacaan penggunaan yang
sebenar dan tepat.
Saya/
syarikat/ perusahaan mengambil air mentah dari beberapa lokasi.
Perlukah saya memohon Lesen Penggunaan Sumber Air untuk setiap lokasi
secara berasingan?
Jawapan
: Sekiranya lokasi-lokasi pengambilan sumber air tersebut adalah dari
kategori sumber air (air permukaan atau air bumi) yang sama, dalam
lingkungan jarak yang dirasakan wajar dan bagi tujuan yang sama,
maka anda hanya perlu mengemukakan 1 permohonan (1 Lesen) sahaja
tetapi maklumat bagi kesemua lokasi tersebut perlu disertakan
bersama semasa membuat permohonan.
Adakah lesen saya boleh ditarik balik atau dibatalkan?
Jawapan
: Ya. Lesen anda boleh ditarik balik atau dibatalkan sekiranya anda
didapati melakukan mana-mana kesalahan di bawah Enakmen,
mengemukakan maklumat palsu, atau melanggar apa-apa syarat yang
ditetapkan. Lesen juga boleh ditarik balik melalui perisytiharan
darurat oleh Pihak Berkuasa Negeri atas sebab-sebab tertentu.
Jeti
dan jambatan juga perlu ada lesen? Mengapa?
Jawapan
: Ya. Pembinaan jeti dan jambatan dari segi teknikal memberi kesan
sama ada secara langsung atau tidak langsung atas ciri-ciri sumber
air atau ekosistemnya lebih-lebih lagi sungai. Pelesenan adalah
perlu sebagai mengawal selia jeti/ jambatan agar tidak menyebabkan
perubahan yang ketara atas ciri-ciri sungai dan ekosistemnya.
Selain itu, pemilikan lesen adalah bagi mengelakkan aktiviti haram
seperti penyeludupan yang akan dipantau oleh Kastam Diraja Malaysia
atau jabatan penguatkuasa lain.
Berapakah
yuran yang dikenakan untuk Lesen Jeti/ Jambatan ini?
Jawapan
: RM 25.00 untuk setahun.
Apakah
bentuk hukuman atau penalti sekiranya saya tidak memiliki Lesen
Penggunaan Sumber Air?
Jawapan
: Sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda sehingga RM
250,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh sehingga 2 tahun atau
kedua-duanya sekali.